Presiden PERISI pernah terserempak Bigfoot


Oleh: HAMZAH SARAH

KEMAMAN 30 Dis. – Seorang bekas anggota perisikan mendakwa pernah terserempak dengan makhluk besar dipercayai Bigfoot ketika memancing di muara sungai Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pada tahun 1987.

Pendedahan terbaru mengenai makhluk itu dibuat oleh Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia, Mustapha Ab. Rahman, 50, yang berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau bersama tiga rakannya sedang memancing di muara sungai itu.

Menceritakan peristiwa itu, beliau yang pernah berkhidmat di bahagian perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pada mulanya mereka terdengar percikan air yang kuat berhampiran tempat mereka memancing.

Katanya, tidak lama selepas itu keluar satu makhluk berbulu lebat setinggi kira-kira enam meter dari air sungai berkenaan.

“Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan haiwan tersebut ketika itu seperti menggoncangkan badan bagi mengeringkan air di bulunya.

“Ketika kejadian, jam di tangan saya menunjukkan pukul 7.25 malam tetapi keadaan di persekitaran masih jelas kelihatan dan kami masa itu semakin cemas apabila haiwan itu mula bergerak langkah demi langkah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beberapa ketika kemudian, jelasnya, haiwan yang menyerupai Bigfoot itu keluar dari sungai dan memasuki kawasan semak berhampiran.

“Selepas Bigfoot tersebut terlepas dari pandangan, saya dan rakan-rakannya terus keluar dari tempat memancing kerana bimbang makhluk itu berpatah balik.

“Dengan tubuhnya yang dianggar ketinggian 20 kaki serta saiz tapak kakinya, saya yakin makhluk aneh tersebut adalah Bigfoot walaupun ada pihak menganggapnya hantu air kerana menjelma pada waktu senja,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman mendakwa mengaku pernah terserempak dengan gorila besar di satu kawasan hutan di sempadan Malaysia – Thailand, kira-kira 26 tahun lalu.

Mohd. Fakri mendakwa gorila besar yang ditemuinya begitu kuat jeritannya sehingga menggegarkan peralatan yang beliau bawa bersama anggota-anggota polis lain.

Laporan: Utusan Malaysia, 31/12/2005

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: