Ucapan Khas Presiden PERISI


1perisi1malaysia2Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dalam dunia tanpa sempadan dan perkembangan globalisasi, perhubungan internet semakin meningkat dan meluas, ahli-ahli PERISI perlu mengikuti perkembangan ini dalam urusan sebaran maklumat secara langsung kepada ahli-ahli dan yang berminat ingin mengetahui aktiviti PERISI.

Kami mengucapkan syabas kepada semua ahli-ahli PERISI kerana kita berjaya mengadakan portal/blog/website yang amat bermakna kepada kita semua.

Saya percaya setelah sekian lama kita wujud melebihi jangkauan 10 tahun, hari ini kita masih bersama dengan persatuan kita, Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (PERISI)

Tidak ketinggalan juga ada juga ahli-ahli kita telahpun ramai kembali kerahmatullah, Al-Fatihah untuk arwah-arwah rakan seperjuangan kita, semoga roh-roh mereka diletakkan diaras yang tertinggi.

Saya percaya setelah sekian lama PERISI ditubuhkan, pastinya ahli-ahlinya telah matang dan sentiasa mengikut peredaran masa, apatah lagi dengan dunia siber yang berteraskan teknologi seperti komputer, telefon bimbit dan pelbagai lagi gajet, kita seharusnya lebih pantas mengikutinya.  Usia bukan penghalang, yang pentingnya adalah keinginan dan kecergasan minda untuk terus gigih belajar sepanjang hayat.

Persatuan(association) telah didefinasikan dalam kamus sebagai  “the association between us lasted many years,affilition, alliance, amalgamation, body, brotherhood, cartel, clique, club,coalition, combination” atau badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan, menjalankan sesuatu lembaga organisasi persatuan.

Jesteru, saya meminta ahli-ahli dan tuan, puan menghayati semangat berpersatuan. Perkataan satu itu sendiri menjelaskan betapa pentingnya bersatu. Kita mengetahui “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Lantas kerana itu, saya mengajak ahli-ahli, tuan-tuan dan puan-puan berpegang kepada prinsip tersebut untuk terus wujud dan terus maju ke hadapan.

Kita sebagai bekas generasi benteng hadapan pertahanan negara pada waktu lepas, hendaklah mengambil perdekatan untuk memberi kesedaran yang berterusan kepada seluruh lapisan rakyat khususnya generasi muda agar sentiasa menjadikan usaha mengekalkan kemerdekaan sebagai agenda utama kita.

Disamping itu,  kita tidak akan lupa membantu menjaga kebajikan ahli-ahli PERISI dalam melalui hari mendatang.

Salah satu pendekatan yang boleh kita laksanakan adalah mengimbas kembali dan menilai semula sejarah pembinaan negara bangsa Malaysia, yang telah mengalami pelbagai peristiwa suka duka termasuk pernah dijajah oleh kuasa asing selama lebih 400 tahun.

Menyedari hakikat ini, bermula daripada sekarang kita sedaya upaya akan mengadakan program bersama pihak pemerintah bagi menjuruskan kepada pembentukan semangat cintakan negara serta mengutamakan perpaduan dikalangan kita dan menghindarkan perpecahan dan perbalahan sesama kita serta mengelakkan penularan pengaruh global yang tidak sihat.

Kita akan sentiasa berkerjasama dengan bekas-bekas pasukan/anggota kita termasuk PDRM, ATM, SPRM, IMIGRESEN dan lain lain unit risikan yang pernah kita ceburi dulu bagi mengadakan jaringan bersama membantu kerajaan dengan menyampaikan maklumat berasaskan ilmu yang kita belajar, semasa dalam perkhidmatan, yang pernah kita lafazkan sebagai sumpah perwira, di dalam falsafah perjuangan kita dahulu.

Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat dan maklum balas demi bagi memantapkan lagi persatuan kita ini.

Pihak PERISI juga sentiasa membuat penambahbaikan untuk kualiti portal ini, kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat dan maklum balas, demi bagi memantapkan lagi laman weblog rasmi PERISI ini.

Salam perjuangan dari saya serta saf kepimpinan PERISI.

1PERISI, 1MALAYSIA

Iklas daripada:

HAJI MUSTAFA AB RAHMAN
PRESIDEN PERISI.

Advertisements

Satu Respons

  1. salam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: