Sempena Kemerdekaan 52: Biar jutaan petualang di hadapan, PERISI tetap akan lawan


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52 KEPADA WARGA PERISI DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN

Peranan Serta Tanggungjawab Warganegara Menjaga Keselamatan Negara Dalam Konteks Amar Makruf Dan Nahi Mungkar

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ بَعَثَ رَسُوْلَهُ ِلإِتمْاَمِ مَكَارِمِ الأَخْلاَقِ لِيُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلى النُّوْرِ وَيَهْدِيْهِمْ اِلَى سَعَادَةِ الدَّارَيْنَ.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. وَقَالَ تَعَالَى : “إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوْا مَا بِأَنْفُسِهِمْ.”

Islam mewajibkan umatnya memelihara hubungan dengan Allah iaitu الله حَبْلٌ مِنَ dan hubungan dengan manusia حَبْلٌ مِنَ النَّاسِ. Kedua-dua hubungan ini perlu dijaga dengan baik dan seimbang kerana ia merupakan ibadah yang dituntut. Begitu juga Islam amat menitikberatkan soal keamanan dan kedamaian. Oleh yang demikian demi mengawal keamanan dan kedamaian Negara, maka terbentuklah pasukan-pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Imigresen, (SPRM) dan lain lain agensi keselamatan Kerajaan yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan bersedia untuk mengorbankan keselamatan diri bagi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Juga memainkan tentang peranan serta tanggungjawab warga negara menjaga keselamatan negara dalam konteks amal makruf dan nahi mungkar.

Hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang berbunyi:

Yang bermaksud : ” Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Cabaran dan peranan pasukan keselamatan pada masa kini telah banyak berubah ekoran pembangunan negara khususnya di era globalisasi dan zaman ICT ini. Apakah benar bahawa semua peranan dan tanggungjawab dalam menangani segala permasalahan seperti jenayah dan kemungkaran terletak di bahu pasukan keselamatan semata-mata dan bagaimana pola pandangan Islam mengenai perkara ini. Marilah sama-sama kita hayati sabda nabi SAW:

“مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ”

Bermaksud : ” Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia cegah dengan tangannya (kekuasaan) jika tidak mampu cegahlah dengan lisannya (nasihat) dan jika tidak mampu juga maka hendaklah dicegah dengan hati (rasa benci). Demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hubungan ini jelas kepada kita bahawa tanggungjawab dalam menangani jenayah serta kemungkaran yang berlaku bukanlah terletak di bawah tanggungjawab pasukan keselamatan sahaja malah ianya telah menjadi kewajipan serta tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh semua pihak. Hal ini bertepatan dengan Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110:

Maksudnya : ” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Ingatkah kita bagaimana suasana masyarakat penyayang yang dipupuk oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Jika kita kenang dan renung kembali sejarah pendidikan yang diamalkan oleh generasi terdahulu maka kita akan insaf betapa murni dan bijaknya mereka menjaga kita. Sebagai contoh sekiranya sesuatu kesalahan dilakukan bilamana dilihat oleh seseorang maka mereka segera menegur atau memarahi tanpa mengira siapa dan anak siapa. Lebih dari itu ibu bapa juga akan dimaklumkan dan anak yang nakal itu akan mendapat habuan seperti dimarahi atau dipukul oleh ibu bapa. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak berani melakukan kesalahan walaupun di belakang ibu bapa mereka kerana mereka sedar bahawa semua orang akan mengambil berat terhadap mereka. Tidak timbul langsung perasaan takut untuk menegur atau seperti pepatah “tidak mahu menjaga tepi kain orang”. Berbeza sama sekali dengan pemikiran sesetengah ibu bapa pada zaman moden ini di mana konsep tegur menegur seolah-olah tidak lagi relevan dalam kehidupan mereka.

Satu perkara yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW telah diabaikan oleh para ibu bapa pada hari ini dalam konsep mendidik anak-anak yang melakukan kesalahan. Pastinya keingkaran atau keengganan dari mematuhi perintah Rasulullah itu mengundang kepada kehancuran institusi keluarga, masyarakat dan negara. Cuba kita hayati sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi:

“مُرُّوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِيْنَ وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ”.

Bermaksud : ” Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukullah pada usia mereka sepuluh tahun serta pisahkanlah tempat tidur mereka.”

Apakah di kalangan kita terdapat individu yang tergolong kalangan orang yang dinyatakan oleh Rasulullah tersebut. Sekiranya ada sama-samalah kita membetulkan diri kita dengan menjadi manusia yang hormat serta patuh kepada Rasulullah. Tanpa kita sedari bahawa rupa-rupanya inilah perkara yang menjadi punca kepada segala permasalahan jenayah dan gejala sosial yang tak pernah kunjung hentinya. Sebab itulah walaupun berbagai program dilakukan oleh kerajaan bagi menangani situasi ini namun sudah pasti tanpa melakukan segala perintah dan tanpa akur kepada larangan Allah dan Rasul-Nya maka mustahil kemakmuran dan keamanan yang diidamkan akan dapat kita kecapi.

Kelaziman apabila sesuatu kejadian jenayah berlaku, masyarakat secara langsung menganggap tugas menanganinya adalah terletak di bahu pasukan keselamatan sahaja. Dan sememangnya menjadi tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan untuk menjalankan siasatan seterusnya. Namun harus diingat peranan dan tanggungjawab masyarakat lebih utama dalam memastikan kejadian jenayah dapat dibendung. Fakta membuktikan bahawa institusi kekeluargaan adalah merupakan penentu kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Dalam hubungan ini peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang bakal mewarisi generasi akan datang dapat dibuktikan melalui hadis nabi SAW yang berbunyi:

“كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ اَوْ يُنَصِّرَانِهِ اَوْ يُمَجِّسَانِهِ”.

Maksudnya : ” Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka terpulanglah kepada ibu bapanya dalam mencorakkan masa depan anaknya samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi.”

Dalam usaha pasukan keselamatan menangani kejadian jenayah dalam negara ini, maka berbagai perancangan dan usaha sedang dan akan dilakukan, antaranya menambah keanggotaan dan kelengkapan logistik serta meningkatkan profesionalisme pasukan. Masyarakat juga boleh sama-sama membantu polis melalui berbagai kaedah seperti dengan menyalurkan maklumat menerusi talian rakan COP, laman web PDRM, talian 999 menghubungi pusat-pusat kawalan PDRM di daerah dan negeri masing-masing atau menghubungi balai-balai polis berhampiran.

Kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi ini tidak mustahil akan hilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung bersama, begitu juga dengan sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah, menghasut dan memburuk-burukkan keburukan orang lain. Semua ini, boleh membawa kepada permusuhan dan menganggu gugat keharmonian dalam masyarakat.

Akhirnya, marilah kita sama-sama merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan Keselamatan yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara kerana telah menjalankan amanahnya dengan baik di mana pada hari ini dengan izin Allah SWT kita semua dapat menikmati kehidupan yang aman dan harmoni, Sifat yang seperti ini dijanjikan oleh akan memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini Jelas dirakamkan oleh Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 15:

Bermaksud : ” Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Sekian cebisan dari kami warga perisi, yang amat menilai apa itu erti kemerdekaan, kerana darah darah rakan seperjuangan kami yang terdahulu lah meletaKkan tinta tinta kemerdekaan Negara Malaysia.

Kepada Petualang petualang bangsa, jangan ajak kami berbicara tentang kehancuran Negara, kami warga perisi sentiasa peka dan sensitif soal soal ini.

HIDUP MALAYSIA TANAH AIR KU, KAMI PERSEMBAHKAN JIWA DAN RAGA KAMI PADA MU, BIAR JUTAAN PETUALANG DIHADAPAN, TETAP KAMI LAWANI.
INSYA ALLAH.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: