Ucapan Khas Presiden PERISI

1perisi1malaysia2Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dalam dunia tanpa sempadan dan perkembangan globalisasi, perhubungan internet semakin meningkat dan meluas, ahli-ahli PERISI perlu mengikuti perkembangan ini dalam urusan sebaran maklumat secara langsung kepada ahli-ahli dan yang berminat ingin mengetahui aktiviti PERISI.

Kami mengucapkan syabas kepada semua ahli-ahli PERISI kerana kita berjaya mengadakan portal/blog/website yang amat bermakna kepada kita semua.

Saya percaya setelah sekian lama kita wujud melebihi jangkauan 10 tahun, hari ini kita masih bersama dengan persatuan kita, Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (PERISI)

Tidak ketinggalan juga ada juga ahli-ahli kita telahpun ramai kembali kerahmatullah, Al-Fatihah untuk arwah-arwah rakan seperjuangan kita, semoga roh-roh mereka diletakkan diaras yang tertinggi.

Teruskan membaca

Advertisements

Selamat Melayari Laman Rasmi PERISI

Laman weblog ini mula beroperasi secara rasmi pada 16 Ogos 2009. Kami mengucapkan selamat melayari kepada semua. Dalam tempoh pembinaan ini, segala respon, komen dan cadangan daripada semua amatlah diharapkan.

Diharapkan laman ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada ahli Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (PERISI).

Terima kasih.

Presiden PERISI pernah terserempak Bigfoot

Oleh: HAMZAH SARAH

KEMAMAN 30 Dis. – Seorang bekas anggota perisikan mendakwa pernah terserempak dengan makhluk besar dipercayai Bigfoot ketika memancing di muara sungai Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pada tahun 1987.

Pendedahan terbaru mengenai makhluk itu dibuat oleh Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia, Mustapha Ab. Rahman, 50, yang berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau bersama tiga rakannya sedang memancing di muara sungai itu.

Menceritakan peristiwa itu, beliau yang pernah berkhidmat di bahagian perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pada mulanya mereka terdengar percikan air yang kuat berhampiran tempat mereka memancing.

Katanya, tidak lama selepas itu keluar satu makhluk berbulu lebat setinggi kira-kira enam meter dari air sungai berkenaan.

“Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan haiwan tersebut ketika itu seperti menggoncangkan badan bagi mengeringkan air di bulunya.

“Ketika kejadian, jam di tangan saya menunjukkan pukul 7.25 malam tetapi keadaan di persekitaran masih jelas kelihatan dan kami masa itu semakin cemas apabila haiwan itu mula bergerak langkah demi langkah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beberapa ketika kemudian, jelasnya, haiwan yang menyerupai Bigfoot itu keluar dari sungai dan memasuki kawasan semak berhampiran.

“Selepas Bigfoot tersebut terlepas dari pandangan, saya dan rakan-rakannya terus keluar dari tempat memancing kerana bimbang makhluk itu berpatah balik.

“Dengan tubuhnya yang dianggar ketinggian 20 kaki serta saiz tapak kakinya, saya yakin makhluk aneh tersebut adalah Bigfoot walaupun ada pihak menganggapnya hantu air kerana menjelma pada waktu senja,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman mendakwa mengaku pernah terserempak dengan gorila besar di satu kawasan hutan di sempadan Malaysia – Thailand, kira-kira 26 tahun lalu.

Mohd. Fakri mendakwa gorila besar yang ditemuinya begitu kuat jeritannya sehingga menggegarkan peralatan yang beliau bawa bersama anggota-anggota polis lain.

Laporan: Utusan Malaysia, 31/12/2005