Advertisements

Rumah Terbuka Majlis Hari Raya YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dengan Segala hormatnya dijemput YB, YBhg Tan Sri / Dato Seri / Dato Datin / Tuan / Puan ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bersama Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato Seri(Dr) Ahmad Zahid Hamidi (Penasihat PERISI). Kehadiran YB / Y.Bhg Tan Sri / Dato Seri /Dato / Datin / Tuan / Puan akan mewarnakan majlis tersebut

Tarikh: 10hb Oktober 2009

Masa: 8.00 ptg – 11.00 ptg

Lokasi: No 83 ,jalan P10C, Prisint 10 Putrajaya

Sempena Kemerdekaan 52: Biar jutaan petualang di hadapan, PERISI tetap akan lawan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52 KEPADA WARGA PERISI DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN

Peranan Serta Tanggungjawab Warganegara Menjaga Keselamatan Negara Dalam Konteks Amar Makruf Dan Nahi Mungkar

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ بَعَثَ رَسُوْلَهُ ِلإِتمْاَمِ مَكَارِمِ الأَخْلاَقِ لِيُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلى النُّوْرِ وَيَهْدِيْهِمْ اِلَى سَعَادَةِ الدَّارَيْنَ.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. وَقَالَ تَعَالَى : “إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوْا مَا بِأَنْفُسِهِمْ.”

Islam mewajibkan umatnya memelihara hubungan dengan Allah iaitu الله حَبْلٌ مِنَ dan hubungan dengan manusia حَبْلٌ مِنَ النَّاسِ. Kedua-dua hubungan ini perlu dijaga dengan baik dan seimbang kerana ia merupakan ibadah yang dituntut. Begitu juga Islam amat menitikberatkan soal keamanan dan kedamaian. Oleh yang demikian demi mengawal keamanan dan kedamaian Negara, maka terbentuklah pasukan-pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Imigresen, (SPRM) dan lain lain agensi keselamatan Kerajaan yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan bersedia untuk mengorbankan keselamatan diri bagi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Juga memainkan tentang peranan serta tanggungjawab warga negara menjaga keselamatan negara dalam konteks amal makruf dan nahi mungkar. Teruskan membaca

Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

Berminat menjadi ahli PERISI ? Bagaimana caranya?

  • Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang pernah bertugas dan pesara daripada unit Perisikan termasuk Kor Risik ATM, Cawangan Penyiasatan Khas Polis Tentera, Cawangan Khas Angkatan Tentera disemua Unit Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Uadara.
  • Terbuka kepada orang-orang perseorangan yang pernah bertugas secara langsung dengan tugas-tugas risikan termasuk dari mana-mana Jabatan atau Kementerian-kementerian Kerajaan Malaysia.
  • Keahlian terbuka pada semua warga negara Malaysia tertakluk dengan perenggan 5- keahlian di para 5.1 dan 5.2, walau bagaimana pun atas budi bicara Jawatankuasa penilaian boleh menerima atau menolaknya seseorang yang hendak menjadi ahli dengan tanpa perlu mengikut perenggan 5 di para 5.1 dan 5.2.
  • Keahlian terbuka kepada Warga negara yang tinggal atau bermastautin di Seluruh Negara.

Tinggalkan komen, cadangan anda di sini.