Tinggalkan komen, cadangan anda di sini.

Advertisements

Presiden PERISI pernah terserempak Bigfoot

Oleh: HAMZAH SARAH

KEMAMAN 30 Dis. – Seorang bekas anggota perisikan mendakwa pernah terserempak dengan makhluk besar dipercayai Bigfoot ketika memancing di muara sungai Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pada tahun 1987.

Pendedahan terbaru mengenai makhluk itu dibuat oleh Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia, Mustapha Ab. Rahman, 50, yang berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau bersama tiga rakannya sedang memancing di muara sungai itu.

Menceritakan peristiwa itu, beliau yang pernah berkhidmat di bahagian perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pada mulanya mereka terdengar percikan air yang kuat berhampiran tempat mereka memancing.

Katanya, tidak lama selepas itu keluar satu makhluk berbulu lebat setinggi kira-kira enam meter dari air sungai berkenaan.

“Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan haiwan tersebut ketika itu seperti menggoncangkan badan bagi mengeringkan air di bulunya.

“Ketika kejadian, jam di tangan saya menunjukkan pukul 7.25 malam tetapi keadaan di persekitaran masih jelas kelihatan dan kami masa itu semakin cemas apabila haiwan itu mula bergerak langkah demi langkah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beberapa ketika kemudian, jelasnya, haiwan yang menyerupai Bigfoot itu keluar dari sungai dan memasuki kawasan semak berhampiran.

“Selepas Bigfoot tersebut terlepas dari pandangan, saya dan rakan-rakannya terus keluar dari tempat memancing kerana bimbang makhluk itu berpatah balik.

“Dengan tubuhnya yang dianggar ketinggian 20 kaki serta saiz tapak kakinya, saya yakin makhluk aneh tersebut adalah Bigfoot walaupun ada pihak menganggapnya hantu air kerana menjelma pada waktu senja,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman mendakwa mengaku pernah terserempak dengan gorila besar di satu kawasan hutan di sempadan Malaysia – Thailand, kira-kira 26 tahun lalu.

Mohd. Fakri mendakwa gorila besar yang ditemuinya begitu kuat jeritannya sehingga menggegarkan peralatan yang beliau bawa bersama anggota-anggota polis lain.

Laporan: Utusan Malaysia, 31/12/2005

Tujuan dan Objektif Penubuhan

  1. Bertujuan mengembelingkan semua bekas-bekas Perisikan daripada semua peringkat untuk jadikan Pertubuhan sebagai “One Stop Agensi” bagi tempat penyimpanan segala data-data rakan seperjuangan bagi jadikan rujukan dan juga sebagai payung ataupun tempat pertemuan sesama ahli bagi menyelesaikan sebarang kepentingan dan kebajikan ahli-ahli.
  2. Menjadikan fokus utama supaya kemahiran tentang tugas-tugas perisikan yang ada pada setiap inividu-individu dapat dimenafaatkan bagi Pertubuhan, Masyarakat dan Negara.
  3. Menyediakan barisan penyediaan didalam apa jua keadaan bagi membantu kerajaan sekiranya diancam oleh pihak luar dan dalam negara yang cuba menggugat Keselamatan Negara.
  4. Membantu ahli-ahli dan keluarga didalam mendapatkan pembiayaan akademik dan bantuan lain lain.
  5. Melatih ahli-ahli mengambil peranan sepenuhnya demi kepentingan Pertubuhan , Agama, Bangsa, dan Negara Malaysia.
  6. Mewujudkan semangat kekitaan sesama ahli-ahli.
  7. Mengalakkan ahli-ahli supaya tetap setia pada pemimpin dan negara di dalam apa keadaan sekalipun.
  8. Memainkan peranan bersama-sama Kerajaan sebagai tenaga Penggerak bagi mencapai ke arah Wawasan Negara.
  9. Mengalakkan dan menganjurkan program serta kursus bagi tujuan mendalami maklumat serta pengetahuan tentang dasar-dasar Kerajaan supaya tidak mudah di kelirukan pihak tertentu.
  10. Bersedia bertugas di dalam apa jua keadaan dan kecemasan untuk menolong mereka yang memerlukan.
  11. Bekerjasama dengan mana-mana badan sukarela lain yang sehaluan dengan kehendak tujuan dan konsep perjuangan Pertubuhan.
  12. Menjadikan Pertubuhan sebagai pemangkin bagi membawa ahli-ahli kearah globalisasi.
  13. Berusaha untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menjalankan tugas-tugas sukarela sekiranya diperlukan.
  14. Memajukan dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen berdasarkan tanggungjawab dan keikhlasan.
  15. Mendukung cita-cita Rukun Negara dengan menghormati perhubungan kaum yang harmonis.
  16. Menjadikan Pertubuhan sebagai badan perantaraan antara ahli-ahli dan kerajaan bagi menyalurkan sebarang masalah. Membantu ahli-ahli bagi mendapatkan sokongan dan bantuan daripada pihak yang berkenaan.
  17. Memberi pendidikan rohani dan jasmani kepada ahli-ahli.
  18. Berusaha mencari dana atau kewangan bagi tujuan dapatkan bantuan dengan menggunakan saluran yang sah untuk di salurkan kepada ahli-ahli yang memerlukannya.
  19. Berusaha dan berperanan untuk memelihara perkembangan dan mempertahankan keutuhan Negara dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

Bendera, Lambang dan Lencana

Lambang atau Logo Pertubuhan ini digambarkan dalam bentuk sebuah bulatan warna merah di dalamnya terdapat dua tangkai padi masak warna keemasan dengan di tengah di kedua-dua padi tersebut terdapat tulisan PERISI berwarna kuning dan huruf (I) kecil berwarna biru menegak di dalamnya. Terdapat satu bulatan dan dua separuh bulatan dengan berlatar belakangkan warna biru bertuliskan nama Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia berwarna Kuning.

Huraian Lambang atau Logo
Logo PERISI

Dua Tangkai Padi Masak Kuning Keemasan – Melambangkan kejituan sesama ahli.

Bulatan Merah – Satu wawasan satu tujuan. Semangat keberanian yang masih kental yang terdapat pada ahli-ahli.

PERISI – Singkatan ringkas nama Persatuan Bekas Perisikan Malaysia.

Huruf  I – Huruf awal pada maksud Intelligence (Perisikan).

Warna Kuning – Tanda kesetiaan pada Yang DiPertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan.

Warna Biru    – Memberi erti ahli-ahli yang datang dari Berbagai Cabang Perisikan serta dari berbagai Jabatan Kementerian–Kementerian Kerajaan Malaysia.

Bendera Pertubuhan

Warna biru di sebelah atas dan warna merah disebelah bawah dengan lambang Pertubuhan terletak di penjuru sebelah kiri meliputi satu perempat daripada bendera.

Kelahiran PERISI

PERISI lahir hasil daripada cetusan ilham Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas Tuan, Gabenor Pulau Pinang. Aktiviti PERISI bermula pada tahun 1999 dan dirasmikan penubuhannya pada tahun 2004. PERISI dianggotai oleh bekas-bekas ahli pasukan beruniform yang terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan dan risikan dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.